Sistem E-Aduan Bersepadu JPS salah satu sistem bagi mendapatkan respon pelanggan terhadap perkhidmatan atau sebarang pertanyaan mahupun masalah berkaitan operasi dan pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.
Setiap aduan/maklum balas akan diberikan satu nombor rujukan yang unik di mana ia digunakan untuk mendapatkan status bagi sesuatu aduan/maklum balas secara online.
Langkah-langkah capaian ke Sistem Aduan & Maklum Balas:
- Untuk membuat aduan/maklum balas baru, teruskan mengisi butiran diri anda (selepas klik butang "Daftar Aduan" di bawah)
- Apabila sudah selesai, butang "Berikut" akan muncul. Klik untuk mengisi maklumat aduan/maklumbalas anda
- Klik butang "Daftar Aduan" setelah anda selesai memasukkan maklumat aduan tadi.
- Anda boleh memuatnaik gambar berkenaan dengan aduan/maklumbalas anda selepas itu. Jika anda sudah selesai, klik butang "Selesai".
- Semak emel anda untuk mendapatkan nombor rujukan kepada aduan/maklumbalas anda yang boleh digunakan sekiranya anda berhubung dengan pegawai kami.